Hidangan Masakan Melayu di Rebung

Diterbitkan: Rabu, 9 Julai 2014 1:30 AM

Lupakan nasi putih, anda boleh mencuba Nasi Kerabu Chef Ismail yang didatangkan sayur segar dan herba di dalamnya.

(Ubah saiz teks)

RESTORAN milik chef selebriti terkenal, Datuk Ismail Ahmad memang terkenal dengan hidang masakan Melayu yang menyelerakan. 

Sejak 10 tahun lalu, Chef Ismail sememangnya restoran Rebung yang terletak di Bangsar tidak ketinggalan untuk menyediakan bufet ramadan. 

Tidak banyak perubahan pada Ramadan tahun ini, beliau berkata Rebung sentiasa berpegang kepada konsep yang mereka mahir, iaitu menyediakan masakan Melayu asli. 

gulai kawah
Gulai Kawah Daging antara hidangan istimewa di restoran ini. 


"Di sini pelbagai jenis hidangan disediakan, kami tidak menumpukan soal menghiakan tempat ini. 


"Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalam restoran ini, kami mahu menyajikan pelbagai hidangan makanan kepada anda," kata Ismail yang mahu menyediakan hidangan yang ringkas namun masih mengekalkan keaslian masakan Melayu. 

Chef yang berasal daripada Negeri Sembilan ini berkata kebanyakan masakannya tidak mudah untuk diperoleh di ibu kota, sebaliknya beliau berkata di Rebung bukan sekadar makan untuk kenyang sebaliknya masakan yang dimasak di rumah. 

Sebahagian daripada hidangan istimewa yang disediakan di sini, siput sedut masak lemak, pari masak asam pedas, teluk itik masak lemak, kari ikan masin, ikan patin masak tempoyak, ayam kuzi, daging salai masak lemak dan ikan kembung sumbat. 

Hidangan lain yang turut disediakan ialah, tauhu bakar, ikan goreng berlada, cucur bawang, roti jala, rojak buah, murtabak, asam laksa, popiah basah dan rendang tok.

Jika anda tidak mahu beratur panjang di Rebung, apa salahnya kita mula hidangan dengan hidangan pencuci mulut. 

"Kebanyakan daripada kita gemar berbuka puasa dengan makanan yang manis. 

"Jadi tidak ada salahnya untuk kita bermula dengan pencuci mulut," kata Ismail. 

Di Rebung mereka turut menawarkan hidangan pencuci mulut istimewa seperti pulut Durian, Pengat Pisang, Bubur Kacang, Wajik Durian, Badak Berendam dan cookies perayaan. 

Ketika anda makan di restoran ini, pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan muzik tempatan di tiga pentas berbeza yang terdapat di sekitar tempat makan.

chef ismail
Chef Ismail mengacau dodol di restorannya. Ini merupakan hidangan pencuci mulut yang disediakan setiap hari. 
 

Sebelum pulang, Ismail turut memberikan sebungkus dodol setiap seorang. 

"Kami mengacau dodol setiap hari untuk pelanggan kami. Mereka juga boleh turut serta mengacau dodol bersama-sama kami," katanya. 

Harga bufet di sini ditawarkan pada harga RM70 (dewasa) dan RM48 (kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun). 

Promosi ini berakhir pada hari terakhir Ramadan. 

REBUNG 4-2 Lorong Maarof, Bangsar Park, 59000 Kuala Lumpur. (Tel:03-2283 2119) Waktu operasi: Dibuka setiap hari (tengah hari) 12 tengah hari-3 petang (malam) 3 petang-10.30 malam.

Tags / Kata Kunci: bufet , Restoran Rebung , masakan Melayu

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan