Sotong Masam Manis

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 2:00 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA ke restoran makanan laut, antara menu kegemaran kanak-kanak adalah sotong goreng tepung sebab ia tidak pedas.

Malah, ada pelbagai resipi menyelerakan lain untuk menghidangkan sotong, termasuk masak masam manis. Berikut adalah bahan dan cara menyediakan masakan itu.


Sotong masam manis

Bahan:
1/2 kg sotong 
secawan air
5 sudu cili kering
4 sm halia - dihiris nipis
2 cili hijau - dihiris panjang
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
sedikit tepung jagung
garam dan gula secukup rasa

Cara:

Salut sotong dan tepung jagung dan goreng hingga kekuningan, ketepikan. Panaskan kuali dan tumis cili hingga kekuningan, kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih, masak hingga garing. Masukkan cili hijau, bawang besar, sos, tomato dan reneh hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula. Tuangkan bahan ditumis ini atas sotong tadi.


Tags / Kata Kunci: Sotong Masam Manis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan