Cendawan Brokoli Masak Sos Tiram

Diterbitkan: Selasa, 1 Julai 2014 1:30 AM

(Ubah saiz teks)

SETIAP ibu pasti akan tersenyum lebar jika masakannya dijamah anak-anaknya. Memang sesuatu yang menggembirakan kerana hidangan itu disediakan dengan penuh kasih sayang.

Juadah berasaskan sayur-sayuran biasanya sesuatu yang mencabar buat sesetengah kaum ibu kerana ramai kanak-kanak yang tidak gemarkannya. Apa kata kita cuba resipi berikut untuk memikat hati si kecil di rumah pada Ramadan ini.

Cendawan Brokoli Masak Sos Tiram


Bahan:

1 tangkai brokoli

Cendawan ikut kegemaran masing-masing

1 sudu minyak masak

2 sudu sos tiram

1 sudu kicap

2 ulas bawang putih ditumbuk

Sedikit gula dan air secukupnya

Caranya:
Rebus brokoli bersama cendawan, saringkan. Untuk sos, tumiskan bawang putih, masukkan air, sos tiram dan kicap. Masak hingga mendidih. Perisakan. Seterusnya masukkan sayur direbus dan siap untuk dihidangkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan