Tarikan Nasi Kukus Di Pantai Timur

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 4:56 PM

Nasi Kukus Seberang Balok.

(Ubah saiz teks)

NASI kukus ayam goreng berempah merupakan menu yang popular di pantai timur dan ia kemudiannya mendapat perhatian di Lembah Klang.

Anda boleh menikmati nasi kukus di sini, tetapi satu pengalaman yang cukup berbeza apabila anda berkunjung ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kebanyakan gerai di tepi jalan di sana menjual hidangan nasi kukus ini.

Apa yang istimewanya dengan nasi kukus? 

Untuk membuatnya, nasi ini dimasakkan secara stim dalam mangkuk aluminium dan dihidangkan apabila pesanan dibuat.

Ini bermakna nasi kukus yang akan dinikmati seseorang itu adalah segar dan harum.

Ayam goreng berempah pula merupakan hidangan sampingan, dan apabila disajikan bersama dengan nasi kukus, hidangan tersebut boleh dinikmati pada harga sehingga RM8 sepinggan (harga di Lembah Klang).

Menerusi kunjungan saya dengan menaiki kereta ke Kuantan di Pahang baru-baru ini, saya dibawa ke satu tempat yang begitu memuaskan di Balok.

Abang ipar saya, Vincent Lau bekerja di kawasan perindustrian Geng selama beberapa tahun dan begitu mahir dengan makanan jalanan di Kuantan.

Kami berkunjung ke Nasi Kukus Seberang Balok (N 03 58.911, E 103 22.898) untuk menikmati ayam goreng berempah dan nyata pengalaman itu sukar untuk dilupakan.

Satu hidangan biasa di sini berharga RM6.50 (bersama dengan seketul ayam goreng) dan nasi itu juga boleh dihidangkan bersama dengan kuah dhal sayur dan kari ayam.

Menariknya di sini apabila gulai kaki ayam dihidangkan secara percuma.

Keenakan sambal yang disediakan membuat hidangan saya cukup bermakna hari itu. Ia mempunyai rasa masam dan pedas di mana campurannya cukup sebati bersama gulai kaki ayam dan kari sayur.

Saya menilai nasi kukus ayam goreng berempah pada skala 8 daripada 10.

Hidangan nasi kukus ini sahaja berharga RM4.50. Dengan menambah RM2, anda akan mendapat seketul ayam dan sekiranya anda begitu suka dengan nasi kukus sahaja, hidangan kaki ayam boleh didapati secara percuma.

Gerai ini terletak di sepanjang jalan pantai Kuantan-Balok yang dibuka setiap hari untuk sarapan pagi dan makan tengah hari, kecuali pada cuti umum tertentu.


Tags / Kata Kunci: Nasi kukus , ayam berempah

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan