'Pret A’Porter Malaysia' Kemudahan Berbelanja Di Satu Lokasi

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 2:08 PM

Antara artis yang hadir dan menggayakan pakaian pada pelancaran butikk 'Pret A’Porter Malaysia' baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gedung fesyen ready to wear atau RTW umpamanya satu pusat sehenti yang  merupakan alternatif  buat penggemar fesyen yang mahu menjimatkan masa dan kos jika ingin membeli-belah.

Tidak terkecuali di negara ini ialah Pret A’Porter Malaysia yang turut memainkan peranan sama bercirikan multilevel concept yang telah dibuka sejak 7 Mei lalu.

Bertempat di Lot F-12, G Village, Desa Pandan, Kuala Lumpur, Pret A Porter dari bahasa Perancis membawa maksud sama iaitu Ready To Wear yang pastinya menjadi ruang terbaik buat mereka yang mahu membeli belah hanya perlu berkunjung di satu lokasi.

Pret A’ Porter bakal menjadi sebuah lagi hub fesyen terbaru di Malaysia yang membariskan pelbagai jenama fesyen dari dalam dan luar negara.

Ia sekali gus bakal merancakkan aliran bentuk gedung fesyen seumpamanya di negara ini.

Antara label pereka fesyen yang bakal berada di Pret A’ Porter seperti Rubaq, Syomir Izwa Gupta, Fairuz Ramdan, Commidity, Benua Clothing, Altelia Amani, Ridz Bohari, Ezzati Amira, Jimmy Lim, Bianco Mimosa, Wanpa Official dan Locka RTW.

Label fesyen tempatan ini antara yang mekar namanya selain menjadi pilihan golongan selebriti.


Suasana semasa pelancaran butik Pret A’Porter Malaysia.

Pastinya himpunan jenama tempatan ini memberi kemudahan buat pengguna mendapatkan rangkaian koleksi terkini mereka di satu tempat.

Istimewanya juga bagi menghangatkan lagi minggu pembukaan Pret A’ Porter, dua jenama fesyen antarabangsa diterbangkan pertama kalinya ke Malaysia iaitu Haute Hijab dan Modesto dari Montreal, Kanada.

Haute Hijab  dimiliki oleh penulis blog fesyen  terkenal Melanie Elturk yang bertapak di Amerika Syarikat.

Modeste dari Montreal pula bakal menyaksikan kehadiran penulis blog fesyennya Saufeeya B. Goodson atau Feeya.

Tidak hanya menempatkan jenama fesyen yang sudah diketahui namanya, peluang perniagaan juga dibuka untuk orang ramai memasarkan produk dalam industri kecantikan dan fesyen couture, muslimah dan street wear.

Semuanya akan berada  di dalam butik ini sebagai "one stop centre boutique".

Pelancaran Pret A' Porter yang diadakan pada 4 Mei lalu dijangka mampu membuka ruang  buat mereka yang melihat legasi fesyen sebagai satu karya yang wajar dihargai. 
Tags / Kata Kunci: Pret A’Porter Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan