'Pandora The Essence' Beri Keyakinan Kepada Si Pemakai

Diterbitkan: Sabtu, 12 April 2014 1:00 PM

Model menunjukkan koleksi terbaru 'Pandora The Essence' yang menampilkan 24 nilai murni dalam kehidupan seharian kita. -Foto SHAARI CHE MAT/THESTAR.

(Ubah saiz teks)

KOLEKSI terbaru keluaran Pandora, The Essence ditampilkan dalam saiz yang lebih kecil dan menarik dengan menerapkan 24 nilai murni dalam kehidupan seharian kita. 

Setiap koleksi Pandora mempunyai daya tarikan tersendiri dengan memberi penerapan kepada elemen seperti gembira, keyakinan, kasih sayang, kesabaran, nasib serta kebijaksanaan.

Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin berkata koleksi terbaru keluaran Pandora ini dreka khas untuk memperlihatkan kepentingan nilai murni dalam kehidupan seharian wanita. 

"Kami berharap koleksi Pandora Essence dapat memberi inspirasi kepada wanita dalam mempersembahkan kehebatan sebenar mereka terutamanya melalui kecantikan dan kebijaksaan yang sering dikaitkan dengan kecantikan dalaman, harapan serta keinginan dalam kehidupan,” katanya. 

easy charm Pandora
24 elemen diterapkan dalam rekaan 'The Essence'.


Terdapat 24 koleksi gelang tangan yang direka khas dengan dihiasi dengan batu permata, kubik zirconia dan sterling perak.
 
Kolekasi gelang tangan keluaran The Essence menjadi pelengkap kepada si pemakainya dan boleh didapati dalam beberapa saiz.
 
Pengarah dan Pengasas A Cut Above, Datin Winnie Loo turut dijemput untuk berkongsi pengalamannya dalam bidang rekaan barang kemas pada majlis tersebut.

"Dengan pengalaman selama 25 tahun mengusahakan perniagaan salun gunting rambut menjadikan saya lebih bermotivasi dan ini merupakan sumber inspirasi dan pembakar semangat saya untuk berjaya dalam bidang ini," katanya. 

Sementara itu, Pengurus Kewangan Korporat YTL Corporations, Rebecca Yeoh pula berkongsi nilai penting yang membantu untuk berjaya, iaitu ‘bersikap positif’ dalam apa jua yang dilakukan dalam kehidupan sehariannya. 

“Saya tidak kisah anda berasal daripada mana atau apa latar belakang  pendidikan anda. Apa yang lebih penting adalah memiliki nilai positif yang dapat melahirkan seorang individu yang akan berjaya,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Pandora , The Essence

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan