• Pasar al-Mawalih di Muscat mula dipenuhi pelanggan yang membeli buah-buahan antara makanan berserat yang sesuai dijamah semasa berbuka puasa bersama keluarga.
  • Umat Islam Palestin membaca al-Quran di Masjid al-Aqsa bagi mendapat keberkatan Ramadan.
  • Petugas Wakaf Jordan membersihkan siling masjid  di Baitulmuqqadis sebelum memulakan ibadat puasa.
  • Lampu gantung untuk menghiasi rumah menjelang Aidilfitri mula dijual di Kaherah sempena bermulanya Ramadan.
  • Banduan di penjara Narathiwat, Thailand menjalani latihan fizikal sebelum dibenarkan bertemu ahli keluarga yang melawat sebelum bermulanya Ramadan.
  • 
Persiapan juadah berbuka, khajla yang digemari ramai mula dibuat peniaga gerai di Karachi, Pakistan.
  • 
Lantera dengan motif tradisional adalah tarikan peniaga Palestin di Semenanjung Gaza khusus sepanjang bulan puasa.
  • Hidangan ikan panggang yang dijual berdekatan Golden Mosque antara yang menjadi pilihan masyarakat Islam di Quiapo, Manila sepanjang Ramadan.
  • Umat Islam akan memulakan ibadat puasa esok. Pelabagai persiapan dibuat termasuk menu wajib yang mesti ada ketika berbuka puasa iaitu kurma. Seorang peniaga Mujahid Ibrahim, 32 menimbang buah kurma di gerainya ketika tinjauan Bernama di perkarangan Masjid Negeri di Ipoh.

iklan