Skuad Badminton Janji Terbaik, Jin Wei Makin Pulih

Diterbitkan: Jumaat, 28 Julai 2017 2:43 PM

Marina Chin bersama Presiden BAM Datuk Norza Zakaria bertemu pemain-pemain negara pada Jumaat. Foto: AZHAR MAHFOF/The Star.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun tanpa pemain utama negara pada Sukan SEA 2017 (KL2017), pasukan badminton kebangsaan tetap optimistik dan akan memberikan persembahan terbaik.

Chef de mission Malaysia Datuk Marina Chin berkata,  semua atlet yang terpilih sedang giat berlatih untuk melakukan yang terbaik pada temasya  itu.

“Untuk badminton, kami mempunyai jumlah pemain senior dan junior yang seimbang, dan kami dapat lihat yang mereka mempunyai semangat juang yang tinggi,” katanya ketika melawat atlet berkenaan, Jumaat.

Tiga pemaian negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio, Datuk Lee Chong Wei bagi perseorangan lelaki dan beregu Goh V Shem -Tan Wee Kiong bersama Zulfadli Zulkifli tidak akan bertanding pada Sukan SEA akan datang memandangkan tarikhnya bertindih dengan Kejohanan Dunia BWF 2017 di Glasgow, Scotland.

Sementara itu, Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata kecederaan yang dialami juara remaja dunia 2015 Goh Jin Wei tidak serius berdasarkan dua imbasan MRI.

“Beliau akan pulih sepenuhnya menjelang kejohanan itu nanti,” katanya.

Pemain berusia 17 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian buku lali ketika Kejohanan Remaja  Asia di Jakarta Isnin lepas, sedang beransur pulih dan yakin dapat beraksi pada temasya KL2017.

Tags / Kata Kunci: KL2017 , Badminton

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan