Penyokong Ireland Utara Mati Mengejut Aksi Bertemu Ukraine - Euro2016 | mStar

Penyokong Ireland Utara Mati Mengejut Aksi Bertemu Ukraine

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 4:57 AM

Penyokong-penyokong Ireland Utara memenuhi stadium pada aksi bertemu Ukraine, awal pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SEORANG penyokong Ireland Utara dari Belfast meninggal dunia selepas terjatuh pengsan ketika aksi kemenangan 2-0 ke atas Ukraine awal pagi Jumaat.

“Seorang lelaki, 60-an pengsan di tempat duduk penyokong bahagian atas dan telah diberi pertolongan kecemasan oleh paramedik, namun gagal diselamatkan,” jelas kenyataan pihak berkuasa Ireland Utara.

Ia merupakan insiden kematian kedua melibatkan penyokong Ireland Utara pada kejohanan ini selepas Darren Rodgers dari Ballymena yang terjatuh ketika sedang melihat pemandangan laut di Nice.

Persatuan Bola Sepak Ireland berkata, pihaknya turut bersedih dengan berita kematian terbaharu melibatkan penyokong ini.

“Penyokong meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan di stadium. Ia memberi makna besar terhadap keputusan perlawanan secara amnya,” jelas Ketua Eksekutif Ireland FA, Patrick Nelson.

“Pihak persatuan, pengurusan, pemain dan semua staf turut bersedih.”

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan