suria

Philippe Coutinho Mahu Tinggalkan Liverpool - Carragher

BINTANG Liverpool, Philippe Coutinho dilapor mahu meninggalkan Liverpool untuk menyertai bacelona dalam tempoh terdekat.

Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher memberitahu, Coutinho yang merupakan pemain Brazil berusia 25 itu mahu menyertai Barcelona secepat mungkin untuk menggantikan Neymar.

Neymar memilih untuk berhijrah ke Paris Saint-Germain dengan yuran perpindahan termahal dunia minggu lalu.

Berikutan itu, Barcelona dikatakan terdesak untuk mendapatkan pengganti pemain lincah berkenaan bagi memperkemas semula kekosongan berkenaan.

"Setiap pemain pasti mahu ke Real Madrid dan Barcelona kerana inilah rantaian dalam karier pemain bola sepak.

"Ini sama dengan apa yang Countinho inginkan. Saya rasa dia pasti ingin sertai Barcelona.

"Sama ada musim ini atau musim depan, saya pasti dia ingin menyarung jersi Barcelona secepat mungkin," jelasnya.

Sementara itu, media Sepanyol melaporkan, Barcelona akan memperkenalkan Countinho sebagai pemain baharu mereka pada Rabu ini.

Liverpool, Barcelona, Real Madrid

Artikel Berikut

Artikel Lain