suria

Piala Perisai Komuniti Milik The Gunners

Kejayaan itu merupakan kemenangan kedua Arsenal ke atas Chelsea selepas perlawanan akhir Piala FA pada Mei lalu. - Reuters

KETIKA Arsenal merangkul Piala Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Antonio Conte kelihatan seperti orang yang paling tidak gembira dengan kemenangan tersebut.

Conte memeluk tubuh dan menundukkan kepala sehingga terserlah perasaan yang dialaminya ketika itu.

Ketika Conte masih lagi mencari jawapan atas kekalahan tersebut, Arsenal mendapatkan trofi pertama musim ini.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1, namun skuad Arsene Wenger berjaya menguasai sepakan penentuan penalti dengan keputusan 4-1 sekaligus mengatasi The Blues.-Mail Online

Arsenal, Chelsea, Community Shield

Artikel Sebelum

Wenger Mahu Seimbang

Artikel Berikut

Artikel Lain