suria

Faria Dinamakan Sebagai Pembantu Mourinho

Faria (kiri) dan Louro kembali berkhidmat di sisi Mourinho.

BARISAN kakitangan sokongan pengurus baharu Manchester United, Jose Mourinho telah disahkan.

Rui Faria dilantik sebagai pembantu pengurus Red Devils.

Mourinho bertemu Faria di Barcelona buat pertama kalinya sebelum dia bertugas sebagai jurulatih kecergasan Mourinho semasa berkhidmat bersama Uniao de Leiria di Portugal.

Faria turut menyertai Mourinho semasa berkhidmat bersama Chelsea (dua kali), Inter Milan dan Real Madrid.

Sementara itu, jurulatih Silvino Louro yang pernah bekerjasama bersama Mourinho selama lebih satu dekad turut memulakan tugasnya sebagai jurulatih penjaga gol di Old Trafford.

Malah Louro turut dinamakan sebagai salah seorang daripada empat jurulatih yang menyertai Mourinho di United.

Ricardo Formosinho dan Carlos Lalin yang juga berpengalaman bersama Mourinho dan Emilio Alvares turut disahkan sebagai kakitangan kejurulatihan bersama-sama dengan penganalisis Giovanni Cerra.

Semasa sesi pengenalan Mourinho kepada media di Old Trafford pada Selasa, bekas pengendali Chelsea itu menegaskan bahawa pemergian legenda Manchester United, Ryan Giggs bukan tanggungjawabnya.


Artikel Berikut

Valdes Sertai Middlesbrough

Artikel Lain