suria

Polis Lepaskan Gas Pemedih Mata Terhadap Penyokong Liar Perancis

PARIS: Polis pencegah rusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan sekumpulan penyokong di Champs Elysees selepas Perancis mara ke final Euro 2016, awal pagi Jumaat.

Polis mengejar sekumpulan remaja yang membaling mercun, botol, botol dan beberapa objek lain ke arah mereka dengan tong sampah turut dibakar.

"Kami di laman sendiri, kami di laman sendiri," kata penyokong tersebut kepada polis yang menggunakan van untuk menghalang laluan ke kawasan berkenaan.

Champ Elysees adalah destinasi pelancongan popular di Paris yang menampilkan Arc de Triomphe dan kawasan beli-belah di sepanjang jalan raya itu.

Penyokong berkumpul di kawasan itu selepas Perancis menewaskan Jerman 2-0 awal pagi Jumaat dengan sebahagiannya beredar selepas insiden tersebut.

Namun beberapa kumpulan remaja dilihat masih berkeliaran di kawasan tersebut terutamanya di sekitar Arc de Triomphe.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain