United Mampu Ulangi Kejayaan Musim Lalu: Van der Sar

Diterbitkan: Selasa, 5 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar yakin kelab gergasi bola sepak England itu mampu mengulangi kejayaan musim lalu menjelang pembukaan musim baru, awal Ogos ini.

Menurut Van der Sar, berdasarkan pembelian beberapa muka baru yang berbakat, potensi Red Devils untuk menambah koleksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ke-20 tampak cerah.

"Kehadiran beberapa pemain baru yang hebat dan sistem pemilihan bakat muda yang bagus, saya percaya United bakal merangkul lebih banyak kejayaan pada musim akan datang," katanya ketika memperkenalkan trofi EPL yang dimenangi kelab itu musim lalu pada Selasa.

Beliau berada di ibu negara sempena jelajah trofi Manchester United ke Malaysia pada Selasa.

Walaupun sudah bersara, Van der Sar menyifatkan kehadiran penjaga gol baru, David de Gea dari Atletico Madrid sebagai pengganti terbaik untuk mengisi posisi beliau sebelum ini.

"Saya yakin terhadap pembelian yang dilakukan pengurus Sir Alex Ferguson di pasaran perpindahan kali ini. Beliau sentiasa inginkan yang terbaik untuk pasukan," jelasnya.

Selain De Gea, Ferguson turut menyempurnakan perpindahan Ashley Young dari Aston Villa dan pemain Blackburn Rovers, Phil Jones dalam usaha memperkukuh skuad United pada musim baru.

Selepas mengambil keputusan untuk bersara, beliau memberitahu akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya selama setahun untuk berehat sebelum mempertimbangkan tawaran menjadi jurulatih penjaga gol.

"Saya akan kembali ke negara kelahiran saya, Belanda. Di situ saya akan bermain golf, tenis, ski dan melakukan segala aktiviti berkaitan dengan hobi saya," ujar bekas penjaga gol berusia 4O tahun itu.

Ketika ditanya mengenai pengalaman manis yang akan dirindui bersama United selepas ini, Van der Sar berkata beliau pastinya amat merindui suasana latihan bersama rakan sepasukan di Old Trafford selain gurau senda, Wayne Rooney, Anderson dan Rio Ferdinand.

"Sudah tentu saya juga akan merindui segala yang berkaitan dengan bola sepak. Namun kini saya mahu berehat dan terlibat dengan kerja amal sebelum fokus pada karier lain," katanya.

Van der Sar melakukan penampilan terakhir bersama United dengan menjulang trofi EPL ke-19 musim lalu tetapi gagal merampas takhta Liga Juara-Juara Eropah dari Barcelona.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan