Sipma Bagi Peluang Atlet Bertanding Peringkat Nasional

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Sipma) pada 4-12 Jun ini di Melaka, bakal memberi peluang kepada atlet institusi pengajian tinggi (IPT) yang terbabit dalam acara sukan tidak disenaraikan dalam Sukan Malaysia (Sukma) tahun ini, bertanding pada peringkat nasional.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mokhlis Jaafar berkata tujuh acara yang dipertandingkan dalam Sipma iaitu bola sepak, badminton, akuatik, tenpin boling, hoki, olahraga dan skuasy tidak termasuk dalam kalendar Sukma yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 2-12 Jun ini.

"Pasukan-pasukan yang bertanding pastinya akan mengambil atlet-atlet terbaik di bawah mereka, oleh sebab itu, seperti tahun-tahun sebelumnya, kita menjangkakan penyertaan daripada atlet-atlet kebangsaan.

"Berikutan acara-acara yang dipertandingkan dalam Sipma tidak ada dalam Sukma tahun ini, secara tidak langsung kita memberi ruang kepada atlet-atlet ini untuk turut menunjukkan kemahiran masing-masing," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Bengkel Pengurusan Media dan Publisiti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di sini, Khamis.

Beliau turut merasmikan bengkel sehari itu, yang dihadiri lebih 60 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai sukan institusi pengajian tinggi awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti serta wakil dari Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Mokhlis berkata Sipma juga merupakan platform bagi atlet IPT yang lain (selain atlet kebangsaan) untuk menunjukkan bakat masing-masing di samping melahirkan lebih ramai atlet untuk mewakili negara.

Selain itu, beliau berkata pihaknya turut memohon sokongan media untuk membuat liputan sukan tersebut bagi menguar-uarkan kepada orang ramai terutama pelajar sekolah bahawa aktiviti sukan tidak 'mati' di universiti.

"Kebanyakan pelajar yang aktif bersukan di sekolah beranggapan bahawa apabila mereka ke universiti, mereka tidak lagi dapat meneruskan aktiviti sukan mereka, oleh sebab itu liputan media terhadap Sipma diharap dapat memberi impak yang besar iaitu mengubah persepsi tersebut," katanya. Sukan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu melibatkan penyertaan tujuh pasukan iaitu Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPG), Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Majlis Sukan Institut Swasta (Masiswa), Majlis Sukan Politeknik (MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti (Maskom).

Lebih 1,600 atlet, pegawai dan sukarelawan dijangka terbabit dalam temasya dwitahunan tersebut yang tahun ini memasuki edisi keempat sejak diperkenalkan pada 2005 di Seremban.

Pada Sipma 2009, pasukan MSSM dinobatkan sebagai johan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan