Saifuddin, Ayesha Dipilih Olahragawan Dan Olahragawati UMP

Diterbitkan: Khamis, 31 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Atlit sukan kayak, Ahmad Saifuddin Jamaluddin dan pesilat, Ayesha Darawin dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati 2010 Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Ahmad Saifuddin, 22, pelajar Fakulti Kejuteraan Elektrik dan Elektronik meraih emas dalam acara kayak ketika mewakili Pahang pada kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2010 di Melaka manakala Ayesha, 22, penuntut bidang Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, yang juga mewakili Pahang merangkul satu emas, tiga perak dan satu gangsa dalam SUKMA 2010.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus yang menyampaikan anugerah itu, berkata penganugerahan buat julung kalinya itu adalah bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar UMP untuk terus mengharumkan nama universiti itu pada masa depan.

"UMP berbangga dengan pencapaian pelajar ini dan ianya adalah selaras dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan atlit yang mempunyai nilai profesional yang tinggi dan berdaya saing," katanya.

Pada majlis berkenaan, Prof Dr Rosli turut menyampaikan anugerah Olahragawan dan Olahragawati Harapan kepada S.Maniyarasan (acara karate-do) dan Darinie Awang Mohdar (karate-do), manakala acara sukan kayak dipilih pasukan terbaik. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan