suria

Liga Europa: City, Liverpool Tersingkir

Balotelli (kiri) menerima kad merah daripada pengadil Cuneyt Cakir.
Balotelli (kiri) menerima kad merah daripada pengadil Cuneyt Cakir.
Balotelli (kiri) menerima kad merah daripada pengadil Cuneyt Cakir.

PARIS: Manchester City, Liverpool dan Rangers tersingkir daripada saingan kelompok 16 pasukan terakhir Liga Europa awal pagi Jumaat sekaligus menamatkan persembahan kelab dari Britain dalam kejuaraan itu.

Pengurus City, Roberto Mancini menewaskan Dynamo Kiev 1-0 di Eastland tetapi terkeluar dengan agregat 1-2.

Di Anfield, Liverpool beraksi hambar apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sporting Braga sekaligus memberi peluang kepada pasukan dari Portugal itu untuk mara berbekalkan agregat 1-0.

Kelab gergasi Scotland, Rangers yang merupakan finalis pada Piala UEFA 2008 turut mengalami nasib sama selepas tewas 0-1 kepada PSV Eindhoven yang membuka jaringan seawal minit ke-13 menerusi Jermain Lens.

Turut mengiringi PSV, Dynamo dan Braga ke kelompok lapan pasukan terakhir adalah Benifica, FC Twente, Spartak Moscow, FC Porto dan Villarreal.

Di Manchester, City terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain pada minit ke-37 selepas Mario Balotteli dilayangkan kad merah kerana mengasari Goran Popov. Tujuh kad kuning turut dilayangkan dalam pertembungan terburuk itu.

Namun, tuan rumah bangkit selepas penyingkiran Balotelli apabila Aleksandar Kolarov menjaringkan gol pada minit ke-39.

Mancini mengakui ia keputusan terburuk anak buahnya setakat ini.

"Kami berhak mendapat satu gol lagi pada pertemuan itu. Kami mempamerkan persembahan sempurna dengan hanya 10 pemain. Saya tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas tetapi saya kecewa kerana Balotelli menerima kad merah," katanya.

Pemain pertahanan City, Vincent Kompany berkata, sebaik saja mereka beraksi dengan 10 pemain, perlawanan bertambah sukar kerana memerlukan kekuatan stamina pada tahap maksimum.

Di Anfield, penyerang Liverpool, Andy Carroll melakukan penampilan pertama sejak berhijrah dari Newcastle pada Januari.

Namun, anak buah Kenny Dalglish gagal menemui sentuhan berbisa untuk menjinakkan Braga yang mara ke pusingan suku akhir buat pertama kalinya dalam sejarah.

Sementara itu, di Moscow, Spartak mara bergaya dengan agregat kemenangan 4-0 ke atas Ajax selepas menundukkan kelab Rusia itu 3-0 hasil jaringan Dmitri Kombarov, Welliton dan Alex.

CSKA Moscow tewas 1-2 kepada Porto yang mara dengan agregat 3-1 manakala Villarreal menundukkan Bayer Leverkusen dengan keputusan sama.

Villarreal meneruskan penguasaan ke kelompok lapan pasukan terakhir selepas mengumpul agregat 5-3.

Artikel Sebelum

West Ham, Spurs Seri 0-0

Artikel Berikut

Artikel Lain