Nik Aziz Mahu Kelantan Kekalkan Kecemerlangan Dalam Bola Sepak

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak yang terbabit dalam bidang bola sepak di Kelantan mengekalkan semangat dan kecemerlangan sehingga membolehkan negeri itu menjadi juara Piala Malaysia musim lepas.

Beliau juga berkata orang ramai harus melihat bola sepak sebagai suatu cabang riadah yang bukan saja boleh menjaga kesihatan dan dijadikan hiburan, malah ia dapat mengubah minda masyarakat ke arah kebaikan.

"Jika permainan bola sepak menjadi suatu bidang permainan dan hiburan semata-mata ia boleh membawa kepada gejala tidak baik, seperti masalah sosial dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM200,000 kepada pemain dan pegawai Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kerana kejayaan Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lalu.

Hadir sama, Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Mengenai sumbangan itu, Nik Aziz berkata, walaupun kecil, ia penting bagi memberi semangat dan dorongan kepada pemain bagi meneruskan kecemerlangan dalam menghadapi liga musim seterusnya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan