1,000 Orang Sertai Program 'Yellow Ride' Sempena LTDL 2011

Diterbitkan: Jumaat, 14 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seramai 1,000 peserta mengesahkan akan menyertai program khas "Yellow Ride" pada 22 Januari ini yang diadakan sempena kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata tiga program kayuhan basikal akan diadakan iaitu untuk orang kenamaan, sejauh lima kilometer manakala bagi penduduk Langkawi, kayuhan santai sejauh 10 kilometer dan kayuhan basikal mendaki Gunung Raya (lebih 10 kilometer).

"Penganjuran program kayuhan ini adalah antara program untuk memeriahkan kembalinya LTdL 2011 ke Langkawi, sebagai salah satu venue perlumbaan itu," katanya kepada Bernama, Khamis.

Program Yellow Ride dianjurkan bersama oleh MSNK, Jabatan Belia dan Sukan Kedah serta Persatuan Basikal Kedah.

Syed Khairol Anuar berkata pihaknya berharap penduduk Langkawi akan memberi sokongan bagi menjayakan kejohanan basikal yang dijadual bermula di sini pada 23 Januari ini dan dianggap terunggul di rantau ini. Katanya, setiap laluan perlumbaan LTdL 2011 di sini sejauh 94 kilometer mengelilingi Langkawi diharap mendapat sambutan meriah penduduknya.

Beliau berkata persiapan sedang rancak dijalankan bagi memastikan LTdL 2011 peringkat pertama di sini berjalan lancar mengikut jadual, dan mesyuarat pengelolaan serta persiapan kejohanan itu di Alor Setar pada 6 Januari lepas dihadiri wakil pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

"Kita bangga kerana Langkawi dimasukkan semula sebagai satu daripada laluan LTdL 2011," katanya.

Syed Khairol Anuar juga berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan diperkenalkan kepada semua pasukan yang bertanding pada 22 Januari di Dataran Lang di sini.

Dr Mahathir adalah pencetus idea penganjuran LTdL bagi memperkenalkan Langkawi di mata dunia.

Sehingga kini, 25 pasukan mengesahkan penyertaan mereka dalam LTdL 2011 yang membabitkan laluan sejauh 1315.4 kilometer dengan 10 peringkat, bermula dari Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 1 Februari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan