Sokongan Kepada Skuad Harimau Malaysia Haruslah Konsisten

Diterbitkan: Ahad, 2 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perasaan gembira dan lega jelas terpancar pada wajah-wajah ribuan peminat setia bola sepak negara selepas menyaksikan skuad Harimau Malaysia meraih kejuaraan sulung Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno, minggu lalu.

Pujian demi pujian malah sambutan luar biasa yang diberikan para penyokong Malaysia ketika menanti kepulangan skuad Harimau Malaysia, menceritakan segala-galanya.

Selama 20 tahun lamanya, persada bola sepak negara berada di persimpangan.

Pasukan kebangsaan kita seolah-olah hilang punca, tidak bermaya dan sudah hilang keazaman untuk bermain.

Jurulatih yang diupah, datang dan pergi tanpa sebarang kejayaan manakala tahap keyakinan dan optimisme para penyokong terhadap masa depan bola sepak negara, turun naik.

Mereka terus tertanya-tanya di manakah silapnya skuad bola sepak negara hingga kedudukan skuad bola sepak negara makin corot dan pernah tewas kepada pasukan kerdil seperti Filipina dan Laos satu ketika dahulu?

Namun segala-galanya itu telah dilupakan seketika selepas skuad Harimau Malaysia bimbingan jurulatih K.Rajagobal meraih kejayaan paling signifikan semenjak Sukan Asia di Indonesia 1962 dan Teheran 1974 yang menyaksikan pasukan bola sepak kebangsaan negara meraih pingat gangsa.

Apa yang pasti, perasaan positif dan minat para penyokong setia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan negara kini beransur kembali.

Pelbagai harapan diletakkan pada skuad Harimau Malaysia ini untuk terus mencapai sesuatu yang lebih gemilang di masa-masa hadapan.

Sememangnya, senario sedemikian adalah sesuatu yang lumrah di mana-mana negara apabila pasukan kebangsaan memperoleh kejayaan.

Dua kejayaan besar skuad Harimau Malaysia di Sukan SEA Vietnam dan Piala AFF Suzuki dalam tempoh dua tahun ini, ibarat penyuntik semangat kepada para penyokong bahawa masih ada sinar harapan buat pasukan kebangsaan negara. Para penyokong setia negara seolah-olah dikejutkan daripada tidur mereka bahawa pasukan bola sepak negara tidaklah seburuk atau selemah mana seperti yang diuar-uarkan dalam media.

Dan apabila sokongan dan pujian terus diberikan kepada skuad Harimau Malaysia ekoran kejayaan terbaru ini, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan.

Malah sudah menjadi naluri untuk kita sebagai manusia memberikan sokongan apabila keadaan dilihat baik dan positif.

Namun apa yang lebih penting, pujian dan sokongan yang datang bertali-arus ini tidak harus hadir ketika prestasi skuad Harimau Malaysia berada pada tahap yang terbaik sahaja. Sebaliknya, sokongan sedemikian perlu ada setiap masa.

Sehubungan itu, saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar sokongan peminat kepada pasukan bola sepak negara haruslah konsisten dan tetap, adalah kena pada masanya.

Ini kerana terdapat banyak insiden sebelum ini yang mana skuad bola sepak negara bukan sahaja dimaki-hamun malah dikutuk kerana memberikan persembahan yang hambar.

Kutukan demi kutukan tersebut seolah-olah menggambarkan skuad kebangsaan tidak bernilai. Terdapat juga insiden yang mana kebanyakan perlawanan bola sepak membabitkan skuad kebangsaan tidak dihadiri penonton malah lebih buruk lagi, ada penyokong yang memilih untuk tidak hadir kerana putus asa dengan prestasi mereka.

Kekecewaan yang pernah diluahkan oleh para penyokong setia negara sebelum ini, sememangnya berasas dan tidak dapat dinafikan.

Tetapi itu tidak bermakna ia akan menghalang seseorang daripada terus memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara. Hanya disebabkan prestasi pasukan turun naik, sokongan itu ditarik balik. Ini bukanlah satu sokongan yang mahu dilihat.

Sesungguhnya, sokongan yang diberikan harus diterjemahkan dalam bentuk yang lebih konkrit dan bersifat dua hala.

Sebagai seorang yang bergelar penyokong setia, haruslah mereka mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi baik semasa tempoh sukar mahupun senang.

Bermakna mereka tidak akan menghilang tetapi terus berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaysia. Jangan menyokong hanya pada nama sahaja.

Menerusi pendekatan sedemikian, kita berupaya menghantar satu mesej yang cukup jelas bahawa skuad Harimau Malaysia, pasukan bola sepak kebangsaan negara tidak akan keseorangan. Ibarat slogan popular pasukan Liverpool yang berbunyi: “You will never walk alone’’ (Anda tidak akan berjalan berseorangan), begitu juga halnya dengan pasukan kebangsaan negara.

Adalah diyakini sokongan yang konsisten dan berterusan boleh membantu pasukan bola sepak kebangsaan negara mengekalkan momentum dan keyakinan dalam menghadapi cabaran-cabaran akan datang.

Bayangkan apakah perasaan para pemain skuad Harimau Malaysia jika mereka mengetahui bahawa para penyokong setia tidak berdiri teguh di belakang mereka bila keadaan memerlukan?

Kalau tidak ada penyokong yang mahu menyokong, siapakah lagi yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memberikan keyakinan kepada para pemain? Jurulatih sekadar bertindak sebagai fasilitator. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan