suria

AFC Mainkan Peranan Penting Dalam Pembangunan Bola Sepak Asia

Najib (kiri) bersalam dengan Mohamed selepas menerima Anugerah Diamond AFC,malam Rabu. Foto: AFP PHOTO/KAMARUL AKHIR
Najib (kiri) bersalam dengan Mohamed selepas menerima Anugerah Diamond AFC,malam Rabu. Foto: AFP PHOTO/KAMARUL AKHIR
Najib (kiri) bersalam dengan Mohamed selepas menerima Anugerah Diamond AFC,malam Rabu. Foto: AFP PHOTO/KAMARUL AKHIR

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kerana memberi sumbangan terhadap pembangunan sukan bola sepak Asia dan secara tidak langsung turut berperanan membantu pembangunan bola sepak di Malaysia.

Najib yang telah menerima Anugerahkan AFC Diamond pada Malam Anugerah AFC 2010 berkata, sejak penubuhan AFC 55 tahun lalu, sukan bola sepak telah banyak memberi impak besar sehingga berjaya di peringkat dunia.

“Beberapa dekad lalu, pasukan gergasi Eropah dan Amerika Latih telah menguasai acara bola sepak ini, tetapi AFC telah bangkit bekerja keras dalam membangunkan pasukan untuk bersaing dengan pasukan dunia lain.

"Sesiapa yang telah menyaksikan Piala Dunia 2010, di Afrika Selatan baru-baru ini, saya percaya kejayaan dua pasukan dari Asia, Jepun dan Republik Korea ke pusingan kedua adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya selepas dikalungkan anugerah itu oleh Presiden AFC, Mohamed Hammam.

Sementara itu Najib berharap dengan adanya sokongan AFC, beliau ingin melihat satu hari nanti pasukan bola Sepak Malaysia akan lebih meningkat di masa depan.

“Saya percaya dengan kerjasama daripada AFC, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) impian itu akan tercapai,” katanya.

Selain itu, Mohamed berkata, Jawatankuasa Eksekutif AFC membuat keputusan memberi penghormatan ini kepada Perdana Menteri bagi menghargai sokongan berterusan beliau kepada AFC melalui kedudukannya, pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian sebagai Perdana Menteri selepas menyandang jawatan tertinggi di Malaysia itu pada 3 April tahun lepas.

“Kami (Jawatankuasa Eksekutif AFC) berpendapat dunia bola sepak Asia banyak mendapat manfaat melalui bantuan dan sokongan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Malaysia menjadi tuan rumah AFC sejak 1965 dan beliau memainkan peranan penting dalam penganugerahan status istimewa kepada AFC di negara ini, kata beliau.

Mohamed berkata sumbangan Najib dalam memajukan sukan itu di benua Asia serta keazaman beliau untuk membawa bola sepak Asia ke persada lebih gemilang sewajarnya diiktiraf oleh semua pemegang kepentingan dalam sukan berkenaan.

Penerima anugerah ini diberi kedudukan terhormat dalam AFC dan tarafnya setakah lebih rendah daripada Jawatankuasa Eksekutif AFC dalam aturan dan hierarki persatuan itu.

Artikel Sebelum

Yamini Sekadar Raih Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain