Sukan Asia: Malaysia Raih Tempat Kelima Hoki Wanita

Diterbitkan: Rabu, 24 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Malaysia sekadar berpuas hati di tempat kelima selepas mengalahkan Thailand 3-0 dalam perlawanan penentuan hoki wanita Sukan Asia ke-16, yang diadakan di Padang Hoki Aoti di sini, Rabu.

Malaysia menguasai sejak awal permainan dan memperoleh gol pertama pada minit ke-13 menerusi Siti Noor Amarina Ruhaini.

Sejurus sebelum tamat separuh masa, ketua pasukan Nadia Abdul Rahman menyumbangkan gol kedua menerusi pukulan penalti untuk membolehkan pasukan negara mendahului dengan dua gol.

Pada separuh masa kedua, Malaysia meneruskan penguasaan dan Fazilla Sylvester Silin yang mendapat hantaran dari arah kiri berjaya menjaringkan gol pada minit ke-57.

Pasukan Thai cuba melakukan serangan balas namun gagal membolosi gawang Malaysia.

Nadia berkata selepas persembahan yang mengecewakan pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi bulan lepas, dengan berkesudahan di tempat ke-10, pasukan itu menggandakan usaha untuk memberi saingan pada Sukan Asia.

"Sasaran kami ialah untuk mara ke separuh akhir dan menamatkan saingan di tempat keempat. Sungguhpun kami hanya berada di tempat kelima, kami semua gembira dengan keputusan itu. Namun, kami perlu beraksi dalam lebih banyak perlawanan bagi menimba lebih banyak pengalaman dalam pertandingan di peringkat antarabangsa," katanya.

Jurulatih Malaysia Yahya Atan berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya itu dan berharap agar Majlis Sukan Negara dapat menghantar pasukan berkenaan untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak kejohanan antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan