suria

Kekalahan Ke Atas Liverpool Patut Dijadikan Iktibar

LONDON: John Terry (gambar) mahu Chelsea mengambil iktibar daripada kekalahan di tangan Liverpool, Ahad lalu menjelang pertemuan dengan Fulham, Khamis ini dalam usaha mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Akibat kekalahan 0-2 itu, Chelsea kini hanya dipisahkan dua mata dengan seteru, Manchester United.

Ia adalah kekalahan kedua Chelsea musim ini sekali gus mula mempersoalkan mengenai keupayaan skuad bimbingan Carlo Ancelotti di tempat lawan selepas tewas kepada Manchester City, terikat seri tanpa jaringan dengan Aston Villa.

The Blues kini terpaksa bekerja keras untuk menyekat kemaraan Fulham di Stamford Bridge kelak.

Rekod Chelsea di gelanggang sendiri ternyata cemerlang. Mereka memperoleh empat kemenangan daripada empat perlawanan liga tanpa bolos musim ini meskipun dikerah tenaga ketika menundukkan Wolves 2-0, hujung bulan lalu.

Terry mengakui prestasi Chelsea mula menurun sejak awal bulan ini dan menuntut reaksi balas positif daripada rakan sepasukannya ekoran kekalahan memalukan di tangan The Reds.

"Saya percaya kami tidak melakukan sesuatu perkara dengan sambil lewa. Mungkin kami perlu mengambil iktibar daripada kekalahan itu.

"Saya jarang beraksi baru-baru ini. Namun ia tidak patut dijadikan alasan untuk kami mencatat keputusan hambar.

"Kami masih mengisi kedudukan teratas EPL. Jadi kami harus lebih bersemangat untuk mengekalkan posisi itu," kata Terry.

Artikel Sebelum

Artikel Lain