Hafiq Terpilih Bagi Piala Rookie Redbull MotoGP

Diterbitkan: Rabu, 22 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba cilik berusia 14 tahun, Amirul Hafiq Mohd Azmi mencipta sejarah dalam sukan permotoran negara apabila terpilih menyertai Piala Rookie Redbull MotoGP musim depan.

Amirul Hafiq akan menyertai 13 lagi bakat muda dari seluruh dunia untuk musim 2011.

Menurut kenyataan Two Wheel Morot Racing Sdn Bhd., Selasa, Amirul Hafiq, yang diiringi oleh ayahnya Mohd Azmi Yaacob, menyertai sesi pemilihan merangkumi latihan trek di Monteblanco, Sepanyol selama tiga hari mulai 13 September lalu.

"Setiap kali berada di trek, saya bertekad mahu mencapai kejayaan sama ada pada pusingan kelayakan atau peringkat akhir perlumbaan," kata Amirul Hafiq dalam kenyataan itu.

Amirul Hafiq memulakan penampilan sulung dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas AAM tahun ini dalam kategori Wira dan mencapai keputusan menakjubkan dengan muncul naib juara pada pusingan kedua di Kluang dan pusingan keempat di Litar Sepang.

Pelumba pasukan MOS Yamaha itu berada di kedudukan kelima keseluruhan dengan 53 mata.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata anaknya berjaya memikat hati hakim dengan bakat menunggang motosikal GP125cc semasa sesi pemilihan itu.

"Kesemua 67 calon pada sesi pemilihan itu adalah amat baik sekali dan sebilangan daripada mereka juara di negara masing-masing.

"Saingannya sengit dan bukan mudah untuk terpilih. Saya bangga kerana Amirul Hafiq menampilkan persembahan baik sekali dan tidak mengalah dalam situasi tertekan." katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan