suria

Shabery Cheek Rayu Lebih Ramai Syarikat Taja Anuar Manan

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan merayu agar lebih ramai syarikat tempatan khususnya dari Terengganu tampil bagi menaja pelumba basikal negara, Annuar Manan.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, tajaan ke atas Annuar bukan sahaja akan membantu mengembangkan laluan anak muda itu dalam menjulang nama negara di arena lumba basikal dunia, bahkan turut membantu mempromosikan syarikat terbabit dengan lebih meluas.

"Annuar ini antara pelumba lima bintang negara, dan sudah tiba masanya syarikat tempatan muncul sebagai antara penaja utama beliau.

"Dengan kesediaan beliau untuk berlatih dan bertanding di Perancis yang merupakan kuasa dunia dalam arena lumba basikal, saya percaya masanya akan tiba untuk beliau berpeluang menyertai pertandingan Tour de France yang berprestij itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Annuar di sini.

Annuar yang merupakan atlet kelahiran Terengganu dan kini ditaja oleh sebuah syarikat dari Korea, akan berlepas ke Brittani, Perancis 6 Julai ini untuk menyertai sesi latihan selama tiga bulan.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau akan menyertai empat perlumbaan utama dan perlumbaan kompetitif di setiap hujung minggu bagi memantapkan prestasinya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Van Persie Dibawa Ke Hospital

Artikel Berikut

Artikel Lain