Sabah Sasar Pertahan Emas Badminton Wanita

Diterbitkan: Khamis, 27 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Persatuan Badminton Sabah yakin pingat emas yang diraih pasukan wanitanya pada Sukan Malaysia (Sukma) lepas dapat dipertahankan pada temasya kali ini.

Presidennya Datuk Maijol Mahap berkata keyakinan itu berasaskan persiapan rapi yang telah dilakukan selain menghantar pasukan yang sama ketika Sukma di Terengganu dua tahun lepas.

"Jadi kita harap boleh pertahan emas bagi wanita. Bagi pasukan lelaki kita harapkan yang terbaik tetapi tidak mahu buat sasaran terlalu tinggi...sasaran kami sekurang-kurangnya masuk separuh akhir," katanya kepada Bernama di sini.

Bagi pasukan wanita, Sabah mempertaruhkan harapan kepada Sannatasah Saniru yang juga pemain kebangsaan untuk memberi semangat kepada rakan sepasukan dengan memberi tentangan hebat kepada pemain pasukan lain.

Selain membantu pasukan wanita kebangsaan wanita memenangi emas pada Sukan Sea di Laos, Sannatasah juga anak Sabah pertama bermain di kejohanan Piala Uber yang berlangsung baru-baru ini.

"Saya menjangka beliau akan menyerlah menghadapi rakan-rakannya dari pasukan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan saya yakin beliau akan berikan persembahan yang terbaik pada Sukma nanti," kata Maijol.

Harapan turut disandarkan kepada bekas pemain kebangsaan Amelia Alicia Anscelly untuk memberi tentangan hebat kepada pasukan lain, katanya.

Kehadiran dua lagi pemain kebangsaan iaitu Florah Ng Siew Fong dan Marylen Ng Paou Leng dijangka menguatkan barisan badminton wanita Sabah yang turut dianggotai Yvonne Ong Jing Er, Soong Fie Cho, Tan Sue Lin dan Adrina Aysha Anscelly.

Bagi badminton lelaki, Sabah akan diwakili pemain kebangsaan Vountus Saniru, Cheong Khung Tze, Lim Yu Fu, Nurfadli Mohd Said, Chong Kein Hiung, Harun Burahima, Asry Abas dan Calvin Ong.

Maijol berkata sebagai acara 'pemanas badan' menjelang temasya yang akan berlangsung di Melaka bulan depan itu, pasukan badminton Sabah akan mengadakan pertandingan persahabatan dengan beberapa kelab badminton di Kuala Lumpur.

"Ini termasuk Coronar Sports Club yang diterajui oleh bekas pemain kebangsaan ketika Piala Thomas 1992, Cheah Soon Kit," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan