Iskandar Ganti Haris Ketua Jurulatih Sepak Takraw

Diterbitkan: Rabu, 13 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua jurulatih Haris Abdul Rahman akan digantikan oleh Iskandar Arshad manakala Amir Abu Bakar kekal sebagai penolong jurulatih.

"Kita telah bersetuju untuk melantik tiga penolong jurulatih yang baru iaitu Rosli Abd Rahman, Ku Halim Ku Musa dan Nasir Ismail," kata Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa kerja bersama PSM dan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Ahmad berkata India berminat untuk mendapatkan khidmat Haris sebagai jurulatih manakala kedudukan dua lagi penolong jurulatih iaitu Sahar Omar dan Zaidi Ismail akan ditentukan dalam masa terdekat.

Mengenai barisan pemain-pemain skuad kebangsaan pula, PSM akan melakukan pemilihan pada Kejohanan Ahmad Ismail yang dijadual pada 6 dan 7 Februari ini di MSN Bukit Jalil.

"Kejohanan ini adalah bagi memastikan semua pemain mendapat peluang untuk mempamerkan kebolehan mereka kerana sebelum ini pemilihan pemain skuad kebangsaan dibuat pada kejohanan Piala Emas Khir Johari yang terbuka kepada ahli-ahli gabungan PSM sahaja.

"Jadi kejohanan antara regu ini terbuka kepada semua termasuk bekas-bekas pemain kebangsaan dan pemain-pemain skuad kebangsaan pada masa kini," katanya.

Ahmad berkata regu negara terdiri Mohd Normanizam Ahmad, Mohd Futra Abd Ghani dan Mohd Zulkarnain Arif yang memenangi emas pada Sukan Sea Filipina pada 2005 telah menyatakan kesediaan untuk kembali menyarung jersi negara.

"Mereka telah tercabar dengan apa yang berlaku. Namun begitu mereka perlu menjalani proses pemilihan seperti pemain-pemain lain," katanya.

Ahmad berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa penyediaan pemain yang dipengerusikan oleh Mohammad Asri Abdul Jalil bagi menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan pemain elit dan pelapis.

Tengku Adnan Tengku Burhanuddin kekal sebagai pengerusi kejurulatihan PSM, namun akan lebih berperanan kepada program-program pembangunan.

Ahmad berkata dengan perubahan yang dilakukan itu tiada sebab untuk PSM tidak menghasilkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China, November ini.

Beliau mengulangi pendirian bagi mengotakan janjinya untuk berundur sebagai Presiden PSM sekiranya Malaysia gagal untuk meraih emas itu.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong menyambut baik perubahan yang dilakukan oleh PSM kerana sepak takraw merupakan satu daripada sasaran pada Sukan Asia.

"Kita lupakan peristiwa-persitiwa silam dengan menjadikannya sebagai pengajaran dengan azam dan tekad untuk menuju ke arah yang lebih baik," katanya.

MSN dan PSM sebelum ini terlibat dalam 'perang mulut' berikutan kegagalan sepak takraw untuk meraih pingat emas di Sukan Sea seperti yang dijanjikan oleh PSM.

Zolkples berkata Petunjuk Prestasi Utama (KPI) MSN pada tahun ini adalah melepasi catatan terbaik negara iaitu 10 emas di Sukan Komanwel 1998 dan lapan emas di Sukan Asia 2006 walaupun terpaksa berdepan dengan pengurangan bajet. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan