suria

Mohd Ramzi Rangkul Pingat Perak Di Adelaide

LANGKAWI: Pelayar negara, Mohd Romzi Muhamad berjaya merangkul pingat perak dalam kategori Laser Radial di Kejohanan Kebangsaan Australia, di Adelaide, hari ini.

Mohd Romzi, 24, berjaya menamatkan perlumbaan ke-12 di belakang pelayar Olimpik dari Singapura Koh Seng Leong.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata, pelayar negara itu menggunakan segala pengalamannya bagi mengharungi cabaran walaupun dalam keadaan tiupan angin kencang antara 28 hingga 40 knot.

Mohd Afendy berkata, kejayaan skuad negara itu membanggakan MYA dalam persediaan menghadapi Sukan Asia di China November ini.

"Seorang lagi pelayar Kharulnizam Mohd Afendy menamatkan saingan di tangga ke-12 dan tempat keenam dalam acara remaja," katanya.

Beliau katanya, merupakan peserta tunggal yang akan menyertai Kejohanan Remaja Australia di Adelaide mulai Rabu ini.

Bagi kategori Laser Standard, Nik Ashraf Nik Azizan menduduki tangga ke-21 manakala Harrithammry Nassution kekal di tempat ke-27 di mana acara itu diungguli oleh pelayar Australia Thomas Slingsby.

Seramai 94 pelayar dari tujuh negara antaranya Perancis, Singapura, New Zealand, Malaysia dan Australia menyertai kejohanan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain