Carlton menang, nama Malaysia semakin gah

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Kemenangan Carlton ke atas musuh tradisinya Collingwood dengan 51 mata di dalam liga bola sepak alaAustralia di sini hari ini, menyemarakkan lagi nama Malaysia di kalangan rakyat Australia. Ini kerana Pelancongan Malaysia yang menjadi penaja utama pasukan tersebut, membolehkan logo Malaysia, Truly Asia tertera di bahagian hadapan jersi para pemain Carlton.

Seramai 82,834 penonton memenuhi Padang Kriket Melbourne untuk menyaksikan perlawanan tersebut yang melonjak Carlton atau Blues ke tangga ke8 daripada 18 pasukan yang bertanding.

Ribuan lagi rakyat Australia menonton perlawanan itu menerusi kaca televisyen dan lebih ramai lagi akan menyaksikannya apabila siaran ulangan perlawanan disiarkan beberapa kali lagi. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan