Siti Safiyah azam cipta kemenangan di Las Vegas

Diterbitkan: Isnin, 4 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas Kejohanan Ranking Dunia ke-9 di Naples, Itali pada Sabtu lepas, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman kini menyimpan hasrat untuk mencipta kejayaan di Kejohanan Boling Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 25 Julai hingga 2 Ogos depan.

Katanya beliau akan mula berlatih dalam jangka masa terdekat sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan di Las Vegas dan juga Kejohanan Terbuka Singapura yang akan bermula pada 26 Mei ini.

"Saya kini rasa lebih yakin dan harap mampu melakukan yang terbaik apabila beraksi di Las Vegas nanti," katanya kepada pemberita setibanya dari Itali di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini hari ini.

Siti Safiyah berkata untuk layak ke Kejohanan di Las Vegas, beliau terlebih dahulu perlu membuktikan kemampuannya di Kejohanan Terbuka Singapura.

Pemain yang baru berusia 18 tahun itu menjadi pemain wanita kedua yang berjaya memenangi gelaran Ranking Master Dunia setelah berjaya menewaskan Tina Hulsch dari Jerman dengan 20 (215 199, 175166) pada perlawanan akhir Sabtu lepas.

Pemain wanita pertama Malaysia yang memenangi Ranking Dunia ialah Wendy Chai di Senayan Sportainment, Jakarta pada tahun lepas.

Siti Safiyah berkata kemenangan tersebut cukup bermakna kerana keluarganya telah mengeluarkan belanja sendiri sebanyak RM10,000 bagi menampung kos penginapan dan penerbangan di Itali.

Sementara itu jurulatih boling kebangsaan Holloway Cheah berkata beliau perlu melihat prestasi Siti Safiyah pada Terbuka Singapura terlebih dahulu sebelum membuat keputusaan untuk menyenaraikan pemain itu sebagai salah seorang daripada pemain negara yang akan beraksi di Las Vegas nanti.

"Secara peribadi saya yakin bahawa beliau layak untuk menyertai kejohanan tersebut namun saya perlu lihat corak permaian dan prestasinya di Terbuka Singapura terlebih dahulu," katanya.

Enam lagi pemain boling negara yang dipilih untuk menyertai kejohanan tersebut ialah Zandra Aziela Ibrahim Hakimi, Sharon Koh, Choy Poh Lai, Wendy Chai, Sin Li Jane dan Zatil Iman Abdul Ghani. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan