Perodua Bezza Menangi Anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik'

Diterbitkan: Jumaat, 14 April 2017 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perodua Bezza telah memenangi anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik' dan 'Kereta Penampilan Baharu' Frost and Sullivan 2017.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam kenyataan berkata anugerah itu diberikan selepas mengambil kira angka serta pertumbuhan jualan model, penguasaan pasaran dan kesan keseluruhan terhadap jumlah keseluruhan industri.

Katanya, Perodua Axia pula menggondol anugerah 'Kereta Malaysia dengan Nilai Terbaik' Frost and Sullivan 2017 bagi kategori 1.3 dan ke atas.

"Anugerah Kereta Terbaik Malaysia Frost and Sullivan 2017 untuk Bezza ini merupakan satu pengiktirafan ke atas model yang direka sepenuhnya oleh kami," kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua telah menjual lebih daripada 50,900 model Bezza sejak ia dilancarkan pada tahun 2016.

Tags / Kata Kunci: Perodua Bezza

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan