Maybank Pemenang Anugerah Kehidupan Di Tempat Kerja

Diterbitkan: Isnin, 29 September 2014 6:40 PM

Nora (dua dari kiri) mewakili Maybank untuk menerima anugerah daripada Muhyiddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maybank muncul pemenang kategori Pertubuhan Terbaik di Malaysia bagi Anugerah Kehidupan di Tempat Kerja (Life at Work) 2014.


Anugerah itu dianjurkan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Towers Watson, syarikat khidmat profesional utama dengan kerjasama Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Keseluruhannya terdapat enam kategori anugerah iaitu Pertubuhan Antarabangsa Terbaik, Pertubuhan Malaysia Terbaik, Pertubuhan Paling Efektif, Inisiatif Baru Terbaik, Pertubuhan Yang Membuat Sesuatu Yang Berbeza dan Juara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd Manaf menerima anugerah ini bagi pihak Maybank daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Persidangan Kemuncak Wanita Ke-12 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah Kehidupan di Tempat Kerja kali pertama diperkenalkan oleh TalentCorp pada 2013 untuk mengiktiraf majikan yang mempamerkan kepelbagaian komitmen dan penglibatan terbaik di tempat kerja.

Pemenang diiktiraf dari segi pencapaian dalam usaha mengintegrasikan tuntutan kerjaya, diri dan keluarga selain mewujudkan persekitaran kerja yang memudahkan kakitangan yang terdiri daripada ibu-bapa selain melaksanakan amalan terbaik untuk menarik dan mengekalkan kakitangan terutamanya wanita.

Mengenai anugerah yang dimenangi Maybank, Nora berkata, Maybank melaksanakan kepelbagaian dan penglibatan dalam syarikat, selain memberi tumpuan terhadap usaha untuk mewujudkan persekitaran kerja prihatin dan adil.

“Dashboard” Kakitangan memantau disiplin dan inisiatif yang membolehkan kami untuk menilai kakitangan kami dalam semua aspek termasuk kemahiran yang tepat untuk mengesan prestasi terbaik.

Ini membolehkan kami untuk menyelaraskan bakat yang ada dengan keperluan dan keutamaan perniagaan bagi menjadikan kami benar-benar berdaya saing berbanding syarikat-syarikat lain.”

“Kepelbagaian jantina yang kami amalkan melepasi penanda aras global apabila wanita diberi peluang sama rata untuk membangunkan kepakaran profesional dan peribadi selain peluang memajukan kerjaya," katanya.

Nora berkata, Maybank menawarkan sokongan menyeluruh bagi keseimbangan tuntutan kerjaya, diri dan keluarga di kalangan kakitangannya.

“Tahun lalu, kami menubuhkan Pusat Penjagaan Kanak-kanak Maybank Tiger Cubs yang juga merupakan satu-satunya pusat penjagaan harian di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan untuk tujuan kecemasan.

"Kami turut memperkenalkan waktu kerja anjal dalam dasar syarikat yang bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih fleksibel,” katanya.

Sementara itu, pada Persidangan Serantau Anugerah Kecemerlangan Perkongsian Perkhidmatan & Penyumberan Luar Asia, Maybank telah menerima dua anugerah - Perkongsian Perkhidmatan HR Kumpulan bagi pengurusan Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS); dan Pangkalan Data Kakitangan Berpusat Maybank.

Maybank merupakan pemenang bagi kategori Kecemerlangan Dalam Mewujudkan Pertubuhan Berpusatkan Pelanggan dan tempat kedua bagi kategori Transformasi Teknologi Terbaik.

Anugerah ini diumumkan pada acara tahunan Minggu Perkongsian Perkhidmatan & Penyumberan Luar Asia, di Singapura.

Acara ini dianjurkan oleh Shared Services & Outsourcing Network (SSON) yang mengumpulkan lebih daripada 430 peserta dari Asia.

Bagi kategori Anugerah Kecemerlangan dalam Mewujudkan Pertubuhan Berpusatkan Pelanggan, Maybank menduduki tempat teratas di kalangan 49 pertubuhan lain dari Asia.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan