Paras Hutang Fiskal Negara Tidak Membimbangkan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia melihat penambahbaikan dalam paras hutang fiskal negara kerana hutang luar kerajaan masih rendah manakala aliran hutang domestik menyederhana, kata Gabenornya Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

"Hutang kerajaan telah berkurangan kepada 53 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding 55 peratus sebelumnya. Semua ini merupakan petanda positif, jadi kita tidak bimbang dengan prospek negatif ke atas Malaysia oleh Fitch Rating's," katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi suku kedua KDNK negara di sini, Jumaat.

Mengenai hutang isi rumah, Zeti berkata ia menyederhana bagi enam suku berturut-turut hasil daripada langkah-langkah berhemat makro dan mikro bank pusat itu.

Apabila ditanya sama ada bank itu akan memperkenalkan lebih banyak langkah-langkah di masa depan, beliau berkata: "Jika kami terlalu ketat ia akan membawa kepada pelarasan berlebihan.

"Bagi suku ini, hutang isi rumah menyederhana kepada 10.3 peratus, menurun pada kadar yang kami berpuas hati dengannya."

Mengenai kesan negatif peraturan pembiayaan baharu bank pusat itu bagi jualan hartanah, beliau berkata ini merupakan petanda yang dialu-alukan kerana ia mahu memastikan kemampuan membeli rumah.

Beliau berkata permintaan hartanah akan mula meningkat semula sebaik sahaja kemampuan membeli semakin bertambah baik.

Di masa depan, Zeti berkata bank pusat itu akan terus memantau semua perkembangan ekonomi dan kewangan yang memberi kesan kepada peralihan global dalam mudah tunai, seperti ketegangan geopolitik dan pelarasan dasar yang dibuat oleh ekonomi-ekonomi maju.

Beliau berkata di dalam negara, sektor kewangan dinilai kukuh dan berdaya tahan dalam menyokong aktiviti ekonomi domestik.

"Mengenai kadar dasar semalaman, kami akan mengkajinya dalam mesyuarat dasar monetari kami bagi melihat risiko-risiko kepada inflasi dan kami juga akan memantau keadaan untuk mengesan sebarang ketidakseimbangan kewangan yang tidak stabil.

"Bagaimanapun, kadar semasa pada 3.25 peratus masih menyokong pertumbuhan," katanya. 

Tags / Kata Kunci: BNM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan