Naza Sasar Keluarkan 15,700 Unit Kereta Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd menetapkan sasaran untuk mengeluarkan lebih 15,700 unit kereta pelbagai model tahun ini.

Sasaran itu kurang sedikit berbanding pengeluaran pada tahun lepas sebanyak 16,057 unit kereta.

Ketua Pegawai Operasinya Roslan Abd Ghani berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sejumlah 8,000 unit kereta dikeluarkan.

"Dari segi penjualan, persaingan dalam industri semakin sengit, malah peningkatan kos seperti kenaikan tarif elektrik dan penetapan gaji minimum RM900 memberi impak terhadap kos pengeluaran, menyebabkan kami terpaksa mengurangkan kos," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Amal Ramadan di Naza Automotive Manufacturing di sini petang Jumaat.

Katanya syarikat itu juga sedang memasang beberapa model baharu yang dijangka diperkenal pada suku pertama tahun hadapan.

Roslan berkata pada masa ini KIA Cerato merupakan model baharu paling laris dalam pasaran.

Beliau berkata 300 hingga 350 unit kereta model berkenaan dipasang di kilang Naza di sini setiap bulan.

"Model baharu paling laris ialah Cerato yang dijual pada harga paling kompetitif di pasaran iaitu sekitar RM89,000.

"Permintaan yang diterima untuk model ini kira-kira 300 unit sebulan. Dari segi reka bentuknya, Cerato mempunyai perbezaan yang ketara dan lebih menarik," katanya.

Terdahulu, Roslan menyampaikan sumbangan RM15,000 kepada tiga organisasi yang terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin Baitussalam, Kupang, Baling, Pertubuhan Anjung Kasih Daerah Langkawi dan Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Pendang.

Sumbangan duit raya turut diberikan kepada 100 anak yatim dan miskin dari lima institusi terpilih, dan 50 warga emas dari lima kawasan di negeri ini.


Tags / Kata Kunci: Naza

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan