suria

Keluar sebagai kawan biasa, gadis dakwa tetap dibelasah ex-boyfriend seperti zaman bercinta 3 tahun lalu - “Saya bertahan sebab dia cakap nak berubah”

Perkongsian gadis itu menjadi tular di laman Instagram.

"KALAU sudah sekali naik tangan, tetap akan begitu sahaja sampai bila-bila."

Demikian kata seorang gadis yang mendakwa dirinya menjadi mangsa pukul bekas teman lelaki sepanjang tiga tahun percintaan mereka.

Hanya mahu dikenali sebagai Aisyah, gadis berusia 20 tahun itu membuat perkongsian berkenaan menerusi laman Instagram miliknya sehingga ia menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Video pukul viral, lelaki ini terpaksa dedah tunangnya ada perangai pelik, “Saya dah tak larat, kena jaga maruah”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat”

Bercerita kepada mStar, Aisyah mendedahkan kejadian terbaharu itu berlaku pada Sabtu lalu.

"Dah tiga tahun. Kalau marah mesti dia naik tangan. Sepanjang bercinta, banyak kali saya kena.

"Saya bertahan sebab dia cakap nak berubah. Setiap kali kena, saya akan sorokkan kesan lebam tak nak mak ayah nampak," ujarnya.

Posting gadis itu di Instagram.

Dakwa gadis itu lagi, kemuncak kejadian berlaku ketika dalam kereta baru-baru ini yang mana kepalanya berdarah akibat dipukul dengan telefon bimbit.

Susulan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Tawau, Sabah pada Sabtu lalu dan sekali lagi membuat laporan pada Selasa.

"Saya nampak perempuan di status WhatsApp dia. Saya tanya, tapi dia tak jawab. Saya pun diam sahaja. Selepas itu saya hubungi kawan untuk jemput balik.

Mak ayah saya sedih dan marah. Mereka kata, kenapa selama ini tak bagitahu? 

AISYAH (BUKAN NAMA SEBENAR)

MANGSA PUKUL

"Dia rampas telefon, dia marah dan pukul saya. Dia berhenti pukul bila dah berdarah. Dia nak hantar hospital tapi saya suruh dia hantar ke rumah kawan sahaja.

"Selepas itu baru saya ke hospital. Balik rumah saya beritahu mak ayah. Mereka terkejut. Saya juga ceritakan apa yang berlaku selama tiga tahun.

"Mak ayah saya sedih dan marah. Mereka kata, kenapa selama ini tak beritahu? Saya sebenarnya sudah putus dengan dia Disember lalu. Kami keluar hari tu sebagai kawan sahaja," ujarnya lagi.

Menurut Aisyah, dia membuat posting itu bukan untuk membuka aib sebaliknya mahu memberi kesedaran kepada orang ramai.

Antara foto yang dikongsi oleh gadis itu.

Malah katanya, ramai gadis turut menghujani direct message (DM) Instagram miliknya untuk berkongsi kisah mereka setelah posting berkenaan tular.

Sehingga kini, posting yang disertakan dengan beberapa gambar itu menerima hampir 50,000 tanda suka.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen di posting Instagram tersebut.

"Ya Allah, kamu layak dapat yang lebih baik sayang.

"Dia tak bersyukur ke dapat perempuan cantik macam ni?

"Kamu wanita yang tabah dan kuat," tulis beberapa netizen.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mangsa, pukul, teman lelaki, berdarah, cedera

Artikel Lain