Penyelidik USM Berjaya Bangunkan Bahan Asas Pembuatan LED

Diterbitkan: Jumaat, 25 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kejayaan dua penyelidik universiti Sains Malaysia (USM)membangunkan 'Nitrida 3' bakal menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama bahan asas pembuatan diod pemancar cahaya (LED).

Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik Profesor Zainuriah Hassan berkata penyelidikan bersama Profesor Haslan Abu Hassan sejak 2002 itu dijangka siap lima tahun lagi.

"Bahan asas itu (Nitrida 3) bukan sahaja tahan lasak berbanding bahan lain, malah menjimatkan serta jangka hayatnya adalah lebih panjang, iaitu selama 20 tahun berbanding lampu biasa," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.

Beliau berkata pihaknya menggunakan silikon kerana ia lebih murah berbanding nilam, iaitu bahan asas yang biasa digunakan untuk membuat LED.

Zainuriah berkata rakyat Malaysia berpeluang memiliki peralatan elektronik berasaskan LED seperti televisyen, lampu dan cakera padat ‘blue ray’ pada harga 40 peratus lebih murah jika Nitrida 3 dapat dihasilkan dan menjadi bahan asas pembuatan LED.

"Orang ramai juga dapat menonton filem kegemaran mereka dengan hanya menggunakan cakera padat sebesar wang 50 sen dengan teknologi cahaya ungu dan menjimatkan elektrik menerusi penggunaan lampu LED," katanya.

Sementara itu, Haslan berkata Nitrida 3 juga boleh digunakan secara komersial termasuk dalam bidang komunikasi bawah laut serta ketenteraan sebagai alat pengesan musuh.

"Bagi kegunaan sebagai alat pengesan cahaya dan alat penyerap gas berbahaya, ia sedang dalam proses pembungkusan, dan kajian ini memerlukan jangka masa panjang kerana kos untuk menjalankan penyelidikan ini agak tinggi," katanya.

Beliau berkata pihaknya menggunakan geran penyelidikan daripada kerajaan sebanyak RM22 juta bagi membangunkan makmal canggih, Nano-Optoelectronics Research and Technology Laboratory atau lebih dikenali sebagai NOR LAB. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan