Universiti Multimedia Juara Debat Perdana Integriti 2011

Diterbitkan: Isnin, 21 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Universiti Multimedia (MMU) dinobatkan sebagai juara pertandingan Debat Perdana Integriti 2011 yang berlangsung di Univerisiti Utara Malaysia di sini, selepas menewaskan pasukan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini malam Isnin.

Kejayaan itu membolehkan MMU yang diwakili Myer Iyenmen Yusof, Muhammad Rafiq Akmal Mohd Daud dan Muhammad Nazwan Kamal Din membawa pulang piala serta wang tunai RM6,000.

Naib johan USIM yang diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd Ikhwan Mohd Rosseli dan Abdullah Long pula membawa pulang piala dan wang tunai RM4,000.

Pertandingan yang melibatkan 30 pasukan termasuk dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta, serta Institusi Pendidikan Perguruan (IPG) itu menyaksikan, Mohd Ikhwan dari USIM dipilih sebagai pendebat terbaik.

Mohd Ikhwan menerima Piala Pusingan Pendebat Terbaik serta wang tunai RM1,000, dan hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pertandingan Debat Perdana Integriti yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) yang masuk tahun ketujuh itu bertemakan 1Malaysia Berintegriti.

Pertandingan itu bertujuan mempromosi serta membudayakan etika dan integriti di kalangan warga kampus serta diharap dapat menambahkan kefahaman mengenai usaha pengukuhan integriti negara di kalangan mahasiswa.

Pemilihan konsep ala Parlimen Malaysia memberi peluang kepada peserta untuk berfikir secara pantas bagi menangkis hujah daripada pihak lawan yang merangkumi topik pentadbiran, politik, ekonomi dan sosiobudaya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan