167 Graduan Kejururawatan Terima Surat Lantikan Sebelum 15 November - Kampus | mStar

167 Graduan Kejururawatan Terima Surat Lantikan Sebelum 15 November

Diterbitkan: Sabtu, 30 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Seramai 167 graduan peringkat diploma kejururawatan di institusi latihan di bawah Kementerian Kesihatan di negeri ini bakal menerima surat lantikan ke dalam perkhidmatan awam sebelum 15 November.

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Latihan) kementerian itu, Datuk Abu Bakar Othman berkata proses lantikan itu akan dilakukan menerusi komitmen Jabatan Kesihatan Sarawak. Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada majlis konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan di sini, Sabtu.

Graduan terbabit merupakan antara 937 pelajar yang menamatkan pengajian mereka di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching, Kolej Jururawat Masyarakat Serian, Kolej Kejururawatan Sibu dan Kolej Kesihatan Awam Kuching.

Abu Bakar berkata mereka yang menjalani latihan di institusi berkenaan tidak perlu gusar mengenai peluang kerjaya kerana biasanya mereka akan diserap terus ke dalam perkhidmatan awam di bawah kementerian itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan