Buah Melaka / Onde-Onde

Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 1:00 AM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, hidangan Buah Melaka atau Onde-onde pastinya menjadi pilihan bagi melengkaplan lagi juadah berbuka puasa.

Hidangan tradisional ini amat mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang kebanyakkannya sedia ada di dapur anda.

Untuk lebih kreatif, ibu-bu boleh mempelbagaikan warna kuih ini bagi menarik perhatian kanak-kanak.




BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum (untuk elak daripada kuih terlalu liat)
1 cawan jus pandan (boleh juga gunakan air kosong dengan pewarna pandan)
2 keping gula melaka (dipotong dadu)
1/2 biji kelapa parut muda (diambil bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1. Bancuh tepung pulut, tepung gandum, garam dan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka ditengahnya dan bentukkan seperti bola.
4. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola pulut.
5. Apabila timbul, angkat dan toskan dalam tapisan.
6. Golekkan buah melaka dalam kelapa parut muda bercampur sedikit garam.
7. Siap dihidangkan.

Tips:

Bagi mengelakkan kelapa parut cepat rosak atau basi, kukus sebentang sekitar 10 minit.

Lebih sedap jika kelapa parut yang siap digaul dengan garam dikukus beralaskan daun pisang. Aromanya lebih menarik!

Selamat mencuba!

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Buah Melaka , Onde-Onde

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan