suria

Penyokong sanggup ‘terbang’ 6,400km ke Ukraine untuk perlawanan Manchester City, Guardiola sendiri tulis surat tanda terima kasih

Pep Guardiola. Foto Reuters

PEP Guardiola secara peribadi menulis surat bagi mengucapkan terima kasih kepada setiap penyokong Manchester City yang sanggup menaiki penerbangan sejauh lebih 6,400 kilometer ke Shakhtar Donetsk untuk menyaksikan perlawanan mereka.

Menariknya, surat untuk setiap penyokong itu turut mempunyai tandatangan Guardiola.

Manchester City membuat pembukaan kempen kumpulan Liga Juara-Juara di Ukraine dengan kemenangan sambil disaksikan hanya 114 penyokong pasukan itu di Kompleks Sukan Metalist Oblast.

Guardiola mahu memastikan usaha para penyokong yang membuat kunjungan ke timur Eropah itu diberikan penghargaan.

Surat yang ditulis Guardiola kepada salah seorang penyokong. Foto twitter pagie mcfc

Surat yang ditulisnya itu kemudian dikongsikan secara dalam talian.

Seorang penyokong Manchester City, Darren Page memuat naik gambar surat yang diterimanya daripada Guardiola di akaun Twitter miliknya.

Menerusi surat itu, Guardiola berterima kasih kepada Dareen kerana dedikasi yang ditunjukkan olehnya bersama 113 penyokong lain pada Rabu, 18 September kerana membuat kunjungan untuk menyaksikan kelab itu menentang Shakhtar Donetsk di Ukraine. - Mail Online

Artikel Lain