suria

Wenger Mungkir Janji - Perez

PENYERANG Arsenal rasa tertipu dengan pengurus Arsene Wenger.

Lucas Perez terdesak ingin kembali ke negara asalnya, apatah lagi apabila mengetahui bekas kelabnya Deportivo La Coruna turut mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmatnya semula.

Penyerang Sepanyol itu 'naik angin' ketika mesyuarat pasukan pada Isnin apabila mendakwa Wenger telah mungkir janji.

"Saya seperti ditipu. Pada Februari lalu, saya dilarang meninggalkan kelab untuk ke China dan memberitahu saya akan bermain lebih banyak dan beberapa peluang lain lagi.

"Tahun lalu dia (Wenger) memberitahu bahawa memahami perasaan sedih saya. Jadi, saya rasakan situasi musim ini akan menjadi lebih teruk, jadi tolong saya keluar dari sini.

"Sejak saya menjadi pemain profesional, saya gembira berada di Deportivo, dikelilingi keluarga dan kawan-kawan. Cuba letakkan diri anda di tempat saya.

"Saya tahu masih ada peluang untuk bermain bersama skuad kebangsaan. Untuk bermain dalam Piala Dunia Tetapi sebelum itu saya perlu beraksi dengan perasaan gembira. Sebab itulah saya mahu kembali ke Coruna.

"Mereka (Arsenal) tidak melayan saya dengan baik. Mereka mengambil nombor yang saya pakai tanpa memberitahu terlebih dahulu. Mereka perlakukan saya seperti pilihan terakhir," jelas Perez.

Sementara itu, Arsenal enggan member sebarang komen mengenai kenyataan Perez itu. -Dailymail

Arsene Wenger, Lucas Perez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain