suria

KOAM buat pusingan 'U'

KUALA LUMPUR: Setelah menyedari tahap lebih tinggi di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) yang bakal berlangsung di Guangzhou, China pada 1014 Nov ini, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) membuat pusingan 'U' selepas mensasarkan dua pingat emas.

Persatuan itu melalui Timbalan Presidennya, Karim Ibrahim sebaliknya berkata tiada sasaran pingat emas akan diletakkan ke atas atlet-atletnya yang akan bersaing di China kelak.

"Saya akui agak sukar bagi skuad negara untuk perolehi pingat emas di ATF kerana saingan di sana adalah amat tinggi.

"Namun, kita tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaliknya akan membawa balik pingat untuk negara dan saya percaya bahawa semua atlet kita mempunyai semangat yang tinggi," katanya kepada pada sidang media di sini, semalam.

Pada 26 Okt lepas, KOAM mengumumkan sasaran sekurangkurangnya dua pingat emas pada kejohanan itu.

Karim juga percaya bahawa 24 atlet termasuk Lee Hup Wei, Teoh Boom Lim, Lo Choon Siang, Mohd Jironi Riduan, Melinder Kaur, Noraseela Khalid, Roslinda Samsu, Siti Zubaidah Adabi, K.Ganthimanthi dan Yee Ling Yiang bersedia untuk menghadapi cabaran itu.

Kali terakhir Malaysia memperolehi pingat emas bagi temasya itu ialah pada 2007 di Amman, Jordan menerusi Roslinda Samsu (lompat bergalah) dan Lee Hup Wei (lompat tinggi). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain