suria

Maia Estianty dedah sebaris lirik lagu 'Risalah Hati' merupakan ideanya yang dicuri Ahmad Dhani

Maia mendedahkan sebaris lirik lagu Risalah Hati merupakan idea asalnya.

PENYANYI Maia Estianty mendedahkan salah satu baris lirik lagu ciptaan bekas suaminya Ahmad Dhani berjudul Risalah Hati merupakan ideanya yang dicuri oleh komposer itu.

Bagaimanapun, Maia menerusi program realiti nyanyian Indonesia Idol X itu berkata, dia tidak menyalahkan Ahmad Dhani kerana lagu itu dicipta ketika mereka masih lagi suami isteri.

Maia menjadi salah seorang juri Indonesian Idol X.

"Lirik ini 'aku bisa membuatmu jatuh cinta kepadaku, walau kau tak cinta,' dicuri Ahmad Dhani," ujar Maia. 

Kenyataan itu dibuat selepas persembahan seorang peserta Indonesia Idol X Keisya yang membawakan lagu Risalah Hati nyanyian Asal kumpulan Dewa.

Maia menambah, Ahmad Dhani juga sudah memberi tema kepada lagu Aku Baik Baik Saja sebagai ganti lirik lagu tersebut.

"Tidak (bukan mencuri). Tapi pada akhirnya ya sudahlah buat suami, kasih aja liriknya. 

"Dulu masih suami. Waktu dia ambil itu masih jadi suami. Terus kemudian dia ganti bukan lirik tapi tema Aku Baik Baik Saja. Dia ganti dengan itu, tema sahaja bukan lirik," kata Maia menjelaskan.

Sementara itu, Maia berkata dia tidak pernah berasa marah, malah gembira dan bangga lagu tersebut menjadi lagu yang disukai pendengar. 

"Tidak... aku tidak marah. Aku bahagia lagu ini menjadi besar," kata Maia. 

Maia Estianty

Artikel Lain