Undang-undang Berunsur Penghalang Di Universiti Harus Dikaji Semula - Sultan Perak

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah peraturan dan undang-undang berkaitan perjalanan universiti yang berunsur penghalang dan tidak relevan pada era ini hendaklah dikaji semula selaras dengan perkembangan semasa dan kemajuan teknologi maklumat.

Baginda bertitah ini selaras dengan hasrat negara mahu mengamalkan urus tadbir yang lebih terbuka lagi telus.

"Mahasiswa wajib didedahkan kepada realiti budaya, realiti sosio-ekonomi dan realiti politik di dalam negara.

"Persekitaran kehidupan mahasiswa mendewasakan diri di dalam kampus, hendaklah seboleh mungkin tidak terpisah dan begitu berlainan dengan persekitaran kehidupan masyarakat sebenar di dalam negara," titah baginda pada istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) ke-50 di sini hari ini. Sultan Azlan Shah, yang juga Canselor UM, berkata setiap warga universiti perlu memahami cabaran yang sedang dihadapi bagi merealisasikan hasrat dan usaha untuk memastikan UM berada di mercu teratas dan diiktiraf sebagai sebuah universiti cemerlang. "Warga akademia perlu terus memperkenalkan pembaharuan daripada segi kokurikulum, pendekatan serta kaedah pembelajaran dan pengajaran selaras dengan perkembangan terkini.

"Para penyelidik perlu meneroka bidang-bidang baru dan mewujudkan bidang khusus serta penyelidikan tinggi yang dapat memberi nilai tambah terhadap penyelidikan dunia, para pentadbir dan staf sokongan perlu memberi perkhidmatan penyampaian berkualiti dan yang lebih utama para mahasiswa perlu bersifat lebih proaktif dan berdaya saing serta sentiasa mencabar keupayaan minda dan keupayaan intelek," titah baginda.

Selain itu, dalam usaha mengangkat status UM berada pada kedudukan 100 universiti terbaik menjelang 2015, Sultan Azlan bertitah pengurusan UM telah memperkenalkan pelan transformasi yang merangkumi aspek akademik, sumber manusia dan kewangan.

"Melalui pelan transformasi ini, universiti telah merancang dan sedang melaksanakan pelbagai agenda yang menjurus kepada penjanaan pendapatan sendiri, bukan sahaja bertujuan meringankan bebanan kewangan kerajaan tetapi bagi membolehkan universiti mempunyai dana lebih besar lalu mengupayakan universiti membiayai perbelanjaan melaksanakan program untuk kecemerlangan universiti," titah baginda. Seramai 6,638 graduan dalam pelbagai disiplin pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan diploma menerima ijazah masing-masing pada istiadat konvokesyen yang berlangsung selama enam hari berakhir 8 Oktober ini. Daripada jumlah itu seramai 309 dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah, 1,931 Ijazah Sarjana, 4,231 graduan menerima ijazah sarjana muda dan 167 graduan bagi penerima diploma. UM turut menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada Profesor Wu Zong Yu yang terkenal dengan sumbangan besar dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan menganugerahkan Profesor Emeritus kepada Profesor Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid dan Profesor Datin Dr Savithiri Devi Ampalam Puthucheary, masing-masing pakar dalam bidang sejarah undang-undang Islam dan perubatan mikrobiologi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan