suria

Pengenalan 'otak Google' bakal ubah sistem pendidikan, jadikan manusia lebih pintar

PENGENALAN teknologi 'otak Google' mampu mengubah sistem pendidikan dan menjadikan manusia jauh lebih pintar.

Demikian kata pakar Artificial Intelligence (AI), Nikolas Kairinos yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Fountech.ai.

"Menggunakan teknologi ini, manusia boleh belajar apa sahaja.

"Kita sudah tidak perlu menghafal apa-apa. Belajar tidak lagi tentang menghafal sahaja.

"Contohnya kita tak tahu nak sebut perkataan dalam bahasa Perancis. Apabila terfikir, ia akan terus keluar dalam fikiran kita.

"Ibarat ada Google dalam kepala manusia," ujar Kairinos.

Menurut Kairinos, perubahan itu berkemungkinan akan menggantikan sistem pendidikan.

Malah, tahap IQ manusia juga akan meningkat dengan pengenalan teknologi itu.

"Ia akan meningkatkan 50 mata IQ kita sebab tak perlu membazir tenaga lagi untuk menghafal dan belajar.

"Kita boleh terus mengakses kepada AI. Ia tidaklah menggantikan apa yang asal, cuma menjadikan kita lebih pintar," katanya.- Daily Star.

Nikolas Kairinos, AI, Otak Google

Artikel Lain