suria

Edit gambar sebelum upload di media sosial elak kena sihir, jangan sesekali kongsi 2 butiran peribadi ibu

Sunting gambar sebelum dimuat naik ke media sosial bagi mengelakkan terkena sihir.

WALAUPUN kita hidup dalam dunia serba moden, masih ada individu yang percaya dan mengamalkan sihir serta syirik.

Lebih menakutkan lagi apabila mereka menggunakan ilmu hitam demi kepuasan diri untuk memudaratkan orang yang dibenci.

Bagaimanapun, di laman X, seorang wanita berkongsi cara yang boleh kita lakukan untuk mencegah diri daripada menjadi mangsa sihir.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Sarah berkongsi cara mengelakkan diri daripada terkena santau atau sihir jika ada yang berniat tidak baik dengan menggunakan gambar yang diambil dari media sosial 'mangsa'.

Menurut Sarah, anda perlu sunting atau edit gambar yang ingin dikongsikan walaupun dengan hanya sedikit pengubah suaian pada bahagian wajah.

Jelasnya, ilmu hitam akan 'berfungsi' atau menjadi hanya untuk gambar yang asli tanpa ada satu pun perubahan dibuat.

Gambar asal perlu disunting bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa sihir.

Selain itu, elakkan juga daripada menghebahkan nama penuh ibu dan tarikh lahirnya.

Nasihat sama juga diberikan kepada bagi pasangan yang merancang untuk hamil atau wanita mengandung bagi mengelakkan dirinya terkena sihir.

Jelas Sarah, dia berkongsi peringatan ini susulan kisah diceritakan sepupunya mengenai seseorang yang menanggung derita selepas menjadi mangsa sihir.

Sebagai peringatan bersama, larangan ilmu hitam ada dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang mana Islam menolak amalan sihir.

Malah, umat Islam diajar untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir yang boleh membinasakan pengamalnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain