suria

Puas sembur pewangi, tetap busuk! Guna sarang telur, ramai tak sangka mampu elak rumah berbau sampah

Bau sampah boleh dihilangkan menggunakan sarang telur.

KESIBUKAN bekerja boleh menjadi penyebab kita kurang masa untuk menguruskan tugasan di rumah setiap hari.

Ada harinya, kita tidak sempat atau terlupa untuk membuang sampah yang ditinggalkan di dalam tong.

Jadi tidak hairanlah sekiranya muncul bau kurang enak yang boleh mengganggu ketenangan penghuni rumah.

Bagi mengelakkan masalah sama terus berulang, ada cara yang boleh kita lakukan untuk 'menghilangkan' bau tersebut dengan mudah, cepat dan murah.

Kaedah itu dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nur Husna Saikun dengan mengajar cara menggunakan sarang atau papan untuk mengisi telur.

Sarang telur perlu diletakkan pada dasar tong sampah.

1. Ambil sarang telur terpakai dan buat ukuran pada bahagian bawah tong sampah.

2. Potong mengikut ukuran ruang dalam tong sampah supaya sarang telur muat untuk dimasukkan.

3. Masukkan plastik sampah terlebih dahulu.

4. Masukkan sarang telur yang siap dipotong dan diletakkan pada dasar tong sampah.

Sebagaimana dikongsikan, penggunaan sarang telur dapat menyerap bau dan cecair yang keluar dari sampah.

Daripada sibuk menyembur pewangi rumah, ada baiknya lakukan teknik yang lebih menjimatkan duit ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain