suria

Jangan sisihkan masakan berasaskan santan dari hidup anda, rupanya ada banyak khasiat

Santan perlu diambil dalam kadar sederhana bagi mengelakkan masalah kesihatan.

SANTAN merupakan ramuan utama dalam kebanyakan masakan rakyat Malaysia seperti nasi lemak, masak lemak cili api, kuah gulai dan kuuih muih.

Tetapi ramai yang menyebarkan fahaman bahawa santan mempunyai kolestrol tinggi menyebabkan kita takut untuk menjamah hidangan berasaskan bahan mentah ini.

Tahukah anda, sekiranya santan merupakan manusia, pastinya sudah lama 'ia' memfailkan saman fitnah terhadap mereka yang menyebarkan dakwaan itu.

Sebenarnya, banyak kebaikan dan khasiat boleh kita peroleh daripada pengambilan santan.

Perkara itu dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu hantaran di X.

Dalam infografik yang dimuat naik, KKM turut menunjukkan jumlah nutrisi bagi pengambilan satu sudu makan santan yang bersamaan dengan 15 gram.

Santan digunakan untuk memasak nasi lemak.

1. Karbohidrat (0.44 g)

2. Protein (0.42 g)

3. Lemak (4.2 g)

4. Air (9.8 g)

5. Kalium (60 miligram)

Namun, KKM menegaskan bahawa santan mengandungi 45 kalori yang boleh meningkatkan risiko penyakit kronik jika diambil secara berlebihan.

Oleh itu, orang ramai perlu mengehadkan dan mengawal pengambilan lemak tepu yang terkandung dalam santan agar kekal sihat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain