suria

Isu Costa: Atletico Madrid Enggan Masuk Campur

ISU diantara Diego Costa dan Chelsea belum lagi reda.

Penyerang itu berkeras hanya mahu menyertai Atletico Madrid selepas hubungannya dengan pengurus The Blues Antonio Conte seperti 'retak menunggu belah'.

Kelab mahu Costa mengikuti latihan bersama skuad simpanan mereka, namun pemain antarabangsa Brazil itu enggan berbuat demikian.

Bagaimana pun harapan Costa untuk berpindah ke Madrid mungkin sukar kerana kelab itu tidak mahu mengeruhkan lagi situasi walaupun mampu membayar yuran perpindahan 40 juta pound kepada Chelsea.

Ini kerana Atletico Madrid mahu menjaga hubungan dengan Chelsea dan hubungan buruk Costa bersama kelab juara Liga Perdana itu membuatkan mereka berfikir banyak kali.

Chelsea mengikat Costa dari Atletico pada tahun 2014.

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain