suria

Tenis Terbuka Perancis: Murray Mara Ke Suku Akhir Bertemu Ferrer

Murray (kiri) bersalam dengan Gasquet selepas mememnangi pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Perancis, Selasa.

PEMAIN Britain, Andy Murray mempamerkan aksi luar biasa dengan menewaskan Richard Gasquet 1-6 6-4 6-1 6-2 pada perlawanan pusingan keempat Kejohanan Tenis Terbuka Perancis, Selasa.

Kemenangan ini sekali gus membawa Murray mara ke aksi suku akhir biarpun pada awal perlawanan Gasquet mencatat kemenangan.

Pemain di ranking keempat dunia ini bangkit menunjukkan corak permainan yang menakjubkan pada set ketiga dan keempat.

"Dia memulakan perlawanan dengan baik pada set pertama dan melakukan banyak pukulan berbahaya dan bermain dengan corak yang sukar diramal.

"Dia juga telah banyak memberi tekanan pada saya sebelum ini. Namun saya bangkit pada set kedua dan bermain dengan lebih baik.

"Ia merupakan perlawanan yang menarik. Saya mengenali dia sejak kecil lagi dan tidak dinafikan Gasquet mempunyai bakat yang luar biasa selain boleh melakukan pelbagai pukulan. Saya gembira saya memenangi pusingan ini," kata Murray.

Pada aksi suku akhir nanti, Murray bakal berdepan pemain dari Sepanyol, David Ferrer.

Artikel Lain